PENGENALAN
Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih luas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya :
Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk pengusaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
KONSEP PUSAT SUMBER
- Merupakan satu suasana pembelajaran yang selesa bukan sekadar tambahan kepada darjah.
- Pusat perolehan sumber dan maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran.
- Memberi kemudahan mendapat dan mengamalkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran.
- Bergerak ke arah pengembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan.
OBJEKTIF PUSAT SUMBER
Kecemerlangan Pendidikan - Meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran dan
potensi individu serta sahsiah.
Penggunaan Kemudahan - Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan
pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka
tidak hanya bergantung kepada buku teks dan
kaedah tradisional sahaja.
Pemupukan Tabiat Belajar - Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan
menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
Penghasilan Bahan - Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai
dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan
pengajaran-pembelajaran.
Perkhidmatan Pembelajaran - Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi
keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan
pelajar-pelajar.
Kemahiran Maklumat - Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat
dalam proses pembelajaran.
CIRI-CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN
- Lokasi di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana-mana bahagian sekolah.
- Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber
- Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun.
- Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan, alatan dan maklumat.
- Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik.
- Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran-pembelajaran.
- Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.
1. PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
a. Penubuhan Jawatankuasa induk pusat sumber
- Guru Besar sebagai Pengerusi.
- Guru Penolong Kanan Kurikulum sebagai Naib Pengerusi dan Penyelaras.
- Guru Penyelaras Pusat Sumber sebagai setiausaha, Guru Pusat Sumber, Guru Kanan matapelajaran, Guru-guru Kanan Persatuan/Kelab, wakil PIBG dan wakil Lembaga Pengurus Sekolah sebagai Ahlu-ahli Jawatankuasa.
b. Penubuhan Jawatankuasa kerja PSS.
Ini terdiri daripada :
- Guru penyelaras sebagai pengerusi.
- Pelajar yang mewakili tiap-tiap kelas sebagai ahli.
c. Pelantikan Pembantu Perkeranian.
Boleh diusahakan perlantikan mana-mana kakitangan sokongan sekolah yang berkebolehan dan berminat untuk membantu kerja-kerja perkeranian. Ini mungkin terdiri daripada kerani, juru taip atau pembantu am rendah atau mana-mana staf yang diperuntukkan oleh pihak pengurusan sekolah.
d. Penentuan Dan Pembahagian Bidang Tugas
Bidang tugas jawatankuasa dan kakitangan hendaklah ditentukan dengan jelas dan tidak timbal balik antara satu sama lain.
- Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber Sekolah.
- Guru Penyelaras Pusat Sumber.
- Guru Pusat Sumber (1).
- Guru Pusat Sumber (2).
- Jawatankuasa kerja pusat sumber.
- Pembantu pusat sumber.
2. Rancangan pengoperasian PSS oleh Jawatankuasa Induk.
- Menggubal polisi pelaksanaan dan penggunaan Pusat Sumber.
- Merancang peruntukan kewangan PSS dari segi mencadang dan mencari.
Punca kewangan :-
- Jumlah wang yang dijangka akan diperolehi.
- Alatan dan bahan yang patut diperolehi/ditambah.
- Kos bagi aktiviti yang akan dijalankan.
- Perkara-perkara lain yang berkaitan.
- Menentukan peraturan dan panduan PSS.
Contoh :
Untuk pelajar, perlulah ditegaskan perkara-perkara seperti :
- Masa PSS dibuka.
- Kemudahan yang disediakan.
- Pinjaman-pinjaman bahan dan tempoh pinjaman.
- Keselamatan alatan dan bahan PSS.
- Disiplin dan lain-lain.
Untuk guru dan kakitangan, mestilah ditegaskan perkara-perkara berikut :
- Bahan-bahan yang boleh diguna dan dipinjam.
- Jadual dan masa mengguna serta meminjam bahan.
- Cara peminjaman dilakukan.
- Perkhidmatan khas.
- Menentukan system dan peraturan pinjaman bahan.
Bahan buku :
Biasanya digunakan system Brown, yakni menggunakan kad yang mempunyai butiran peminjam dan tarikh pemulangan. Dalam pada itu, harus ditentukan peraturan bagi :-
- Pinjaman biasa.
- Pinjaman buku-buku khas.
- Pinjaman berkelompok (bulk-loan).
Bahan bukan buku :
Perlu ada satu system pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman alatan. Disamping itu perlu juga disediakan satu sistem pinjaman yang mudah untuk bahan-bahan bukan buku.
JAWATANKUASA KERJA
Latihan dan bengkel diberikan kepada jawatankuasa kerja pusat sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar bagi melaksanakan tugas-tugas berikut:
- Memfail keratan akhbar dan menyusun bahan di rak.
- Membantu memproses bahan seperti melapik, menggunting melekat poket kad pinjaman dan slip, tarikh pulangan dan melekat label.
- Mengurus pinjaman/pulangan bahan di kaunter edaran.
- Menjilid majalah dan surat khabar.
- Menggunting surat khabar/majalah yang telah ditentukan oleh guru pusat sumber untuk tujuan fail tegak.
- Mengemas dan membersihkan bilik pusat sumber.
- Membaiki buku.
- Membantu guru pusat sumber di dalam mengendalikan pondok ilmu dan sudut aktiviti.
- Membantu guru pusat sumber menghasil bahan pembelajaran.
- Mengambil bahagian di dalam rancangan siaraya(radio sekolah).
KECERIAAN
Pengurusan sekolah mempunyai AJK yang bertindak menguruskan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
a. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabut, alat dan sebagainya mengikut rancangan penggunaan.
b. Susunan dan peruntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
c. Panduan dan label tunujk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
d. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat.
e. Poster, carta dan gambar-gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.
PERSEKITARAN
Pusat Sumber Sekolah ini lengkap dengan perabot dan bersesuaian sebagai PSS sekolah. Perabot-perabot yang terdapat di perpustakaan ini seperti:
- Kerusi.
- Meja
- Sofa.
- Karel.
- Rak buku.
- Rak bahan bukan buku.
- Rak majalah.
- Kaunter edaran.
- Kabinet TV.
- Kabinet fail.
- Troli buku.
- Troli perkakasan (OHP,slaid dll).
- Papan Pameran.
- Kipas.
- Alat penghawa dingin.
Untuk keselamatan, terdapat beberapa alatan kecemasan yang ditempatkan di perpustakaan ini seperti:
a. Pemadam api.
b. Kit pertolongan cemas.
c. Grill tingkap.
d. Grill pintu.
Keadaan perpustakaan ini sungguh selesa dari segi pengudaraan dan pencahayaan. Tingkap-tingkap perpustakaan ini kadangkala dibuka untuk memberikan udara segar masuk ke dalam perpustakaan ini. Perpustakaan ini mempunyai penghawa dingin yang memberi keselesaan kepada murid-murid yang datang ke perpustakaan ini.
Selain itu, cahaya yang masuk dapat menerangi perpustakaan dan membantu murid –murid yang menjalankan aktiviti mereka. Perpustakaan ini mempunyai sebuah komputer yang ditempat di sudut perpustakaan. Komputer ini digunakan oleh guru PSS dalam menguruskan hal ehwal PSS tersebut.
Pengurusan sekolah mempunyai AJK keceriaan yang bertindak menguruskan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
Selain itu, cahaya yang masuk dapat menerangi perpustakaan dan membantu murid –murid yang menjalankan aktiviti mereka. Perpustakaan ini mempunyai sebuah komputer yang ditempat di sudut perpustakaan. Komputer ini digunakan oleh guru PSS dalam menguruskan hal ehwal PSS tersebut.
Pengurusan sekolah mempunyai AJK keceriaan yang bertindak menguruskan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
f. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabut, alat dan sebagainya mengikut rancangan penggunaan.
g. Susunan dan peruntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
h. Panduan dan label tunujk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
i. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat.
j. Poster, carta dan gambar-gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan PSS oleh guru PSS mengenai perkara-perkara berikut:
· Perkembangan fizikal pusat sumber.
· Perkembangan koleksi.
· Perancangan promosi dan seranta.
· Perancangan aktiviti.
· Latihan dan bengkel kemahiran.
· Penyimpanan rekod penggunaan alatan, bahan dan kemudahan.
· Penilaian pengurusan dan penggunaan PSS.
· Penghasilan bahan penganjuran pembelajaran, promosi dan panduan.
KEMUDAHAN
Pusat Sumber Sekolah ini mempunyai bilik dan ruang sudut yang disediakan untuk memberi kemudahan kepada guru, kakitangan dan murid-murid dalam menjalankan aktiviti di PSS ini.
Bilik-bilik dan ruang sudut tersebut seperti :
a. Bahan cetak.
b. Bahan bukan cetak.
c. Membaca.
d. Mendengar.
e. Menonton.
f. Rakaman.
g. Komputer.
h. Aktiviti kumpulan.
i. Bercerita.
j. Belajar kendiri.
k. Kerja / bengkel.
l. Stor.
m. Pameran..
PROSES TEKNIK
Penerimaan Bahan
Buka bungkusan bahan yang telah dipesan dari pembekal atau kedai buku.
Tentukan bekalan bahan yang diterima berada dalam keadaan fizikal yang baik. Bagi bahan yang rosak, pulangkan segera kepada pembekal.
Semak bahan yang baru diterima dan tentukan supaya ianya sama dengan butiran di dalam fail pesanan dan invoice.
Bandingkan harga invoice dengan slip pesanan adalah sama. Jika terdapat perbezaan harga, sila berhubung dengan pembekal segera dan perbetulkan harga yang sebenar.
BUKU BARU
Letakkan buku di atas meja dengan tulangnya ke bawah. Kemudian buka buku itu. Tekan dengan tangan kulit buku dan beberapa helai muka surat di sebelah, kemudian di sebelah lain pula dan seterusnya beberapa helai di sebelah menyebelah sehingga sampai ke muka surat tengah buku itu. Kemudian perhatikan jika ada di dalam buku itu muka surat atau bahagian-bahagian lain yang tidak betul atau pun tersalah cetak.
REKOD PEROLEHAN DAN CAP HAK MILIK
Ini adalh amat penting. Ia juga dikenali sebagai buku stok untuk perpustakaan sekolah kita. Setiap buku yang dibeli mestilah direkogkan ke dalam buku rekod perolehan. Buku rekod perolehan ini perlu dikemaskini pada setiap masa. Pada akhir tahun buku ini akan diperiksa oleh pihak audit dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri.
CAP HAK MILIK
Capkan tanda hak milik pada halaman judul buku dan juga bahagian dalam kulit depan dan belakang buku.
Capkan juga nombor perolehan buku dan nombor panggilan pada halaman muka surat judul.
Tentukan tanda cap hak milik dicopkan di muka surat bagi sesebuah buku.
Sebagai contoh sila ikuti arahan yang diberi:
Copkan di muka surat 99 bagi buku yg melebihi dari 200 ms.
Copkan di muka surat 9 bagi buku yg kurang dari 100 ms.