Persediaan Diri
Sebelum seseorang pelajar mula membuat ulangkqji, pelajar tersebut perlu terlebih dahulu membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.
Persediaan Mental
1. Bersikap positif terhadap pelajaran.
2. Anggap pelajaran sebagai sesuatu yang tidak membebankan atau menakutkan.
3. Yakinkan diri boleh berjaya dan cemerlang.
Persediaan Fizikal
1. Amalkan pemakanan yang seimbang
2. Pastikan sentiasa mendapat rehat yang cukup.
3. Pastikan anda melakukan senaman ringan untuk kecergasan diri.
4. Wujudkan suasana yang selesa apabila anda hendak mengulangkaji.
Makanan yang membina otak
Perkembangan otak dan minda bergantung kepada tabiat pemakanan yang sihat.
1. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta ulam-ulaman..
2. Pastikan mendapat protein yang cukup seperti telur, ikan, daging dan ayam.
3. Makan makanan yang diperbuat daripada kacang soya seperti tauhu, air soya dan tempe kerana ia mempunyai pytoenzime yang membina otak.
4. Makan vitamin beli atau dapatkan dari hospital.
5. Minum air masak yang bersih , sebaik-baiknya mium segelas besar selepas bangun tidur waktu pagi.
Makanan yang merosakkan otak dan daya fikiran.
Semua orang gemar makanan yang lazat. Tidak semua makanan lazat elok. Ada makanan yang merosakkan sel-sel badan dan otak.
1. Makanan ringan / junk food mengandungi bahan perisa, emulsifier, bahan pewarna, garam, MSG dan bahan lain yang boleh melemahkan otak.
2. Bahan pewarna tiruan dalam minuman bergas, minuman cola dalam botol atau tin dan minuman berperisa sebenarnya tidak baik kerana membunuh sel-sel dalam otak
3. Makanan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan masalah tumpuan pelajaran kerana tindakbalas sindrom “ hyper atau hypo blood sugar lavel “.
sehingga fungsi otak bercelaru.
Teknik Mengingat
1. Tetapkan niat untuk mengingat.
2. Yakin dengan kebolehan diri sendiri.
3. Timbulkan minat dalam perkara yang sedang dipelajari.
4. Fahamkan bahan yang sedang dipelajari.
5. Hubungkan pelajaran yang sedang dipelajari dengan perkara yang telah anda ketahui.
6. Susun huruf-huruf tajuk sehingga menjadi perkataan yang mudah diingati.
7. Kaitkan pelajarn yang sedang dipelajari dengan cerita ( reka cerita tentang perkataan, maklumat atau konsep yang perlu diingat )
8. Tampal poster di dinding ( mengingat melalui sublimal learning )
9. Tukar ayat, definasi atau konsep yang anda sedang pelajari dalam bentuk gambar, peta minda atau rajah.
10.Bina akronim ( menggabungkan huruf pertama daripada
kata kunci untuk membentuk perkataan baru yang mudah
diingat ).
11.Buat peta minda untuk keseluruhan mata pelajaran.
Teknik Menguatkan Memori
1. Selang-selikan masa belajar dengan rehat. Sebaik-baiknya untuk satu jam waktu belajar, peruntukkan 10 minit untuk rehat.
2. Amalkan teknik-teknik mengingat.
3. Cuba ingat fakta-fakta penting ketika otak dan badan masih segar.
4. Makan makanan yang seimbang supaya badan sentiasa segar dan sihat.
5. Jangan makan makanan yang makruh terutama makanan yang haram.
Daya Ingatan.
Terdapat lima factor yang mempengaruhi kita untuk mengingat semula. Seimbangkan lima factor ini supaya daya ingatan akan lebih kekal.
1. Permulaan
Minda kita cenderung untuk mengingat permulaan sesuatu sesi pembelajarn. Semak kembali fakta-fakta dipertengahan sesi pembelajaran supaya dapat mengingat dengan lebih tepat.
2. Ulangkaji
Daya ingatan terhadap sesuatu perkara menurun dengan pantas dalam masa 24 jam tanpa ulangkaji. Buat ulangkaji sebelum 24 jam kemudian selepas seminggu, selepas sebulan dan selepas 6 bulan untuk menjamin ingatan dalam jangka masa panjang.
3. Luar biasa
Kita lebih cenderung mengingat sesuatu perkara yang luar biasa. Cuba jadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan.
4. Berkait
Kita dapat mengingat semula dengan baik jika perkara tersebut dikaitkan dengan analogi ( kias ) dan mnemonic. Reka mnemonic atau analogi secara berkumpulan.
5. Akhiran
Minda kita juga cenderung untuk mengingat sesuatu perkara di akhir sesuatu sesi pembelajaran. Imbas seluruh fakta di akhir satu sesi pembelajaran.
Teknik Mendengar Dengan Baik
1. Bersedia untuk mendengar. Pastikan tidak terdapat sebarang gangguan yang boleh menjejaskan konsentrasi.
2. Tetapkan niat.
3. Duduk di bahagian hadapan jika boleh supaya anda dapat mendengar dengan lebih baik.
4. Dengar dengan teliti dan tanamkan minat terhadap apa yang didengar.
5. Tidak terlalu memilih siapa yang bercakap tetapi apa yang diperkatakan.
6. Tidak bercakap semasa orang lain sedang bercakap dengannya atau kepadanya.
7. Tidak menyampuk atau memotong cakap orang lain.
8. Sentiasa memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan.
9. Sentiasa cuba memahami apa yang didengar sama ada yang tersurat atau tersirat.
10.Tidak melakukan kerja-kerja lain ketika orang lain sedang
bercakap dengannya.
11.Menghormati orang yang bercakap walaupun lebih muda
usia daripadanya.
12.Sentiasa memandang wajah atau bersemuka ( eyes contact ) dengan orang yang bercakap.
13.Bersikap terbuka dan tidak membuat kesimpulan yang terlalu awal.
14.Suka menyalin isi-isi penting jika sedang mendengar sesuati pengajaran oleh guru.
15.Hargai deria pendengaran yang Allah beri dengan 2 telinga.
TEKNIK MENGINGAT
Contoh menggunakan mnemonic :
Bentuk huruf
Contoh : KL – Kuala Lumpur , SKTK – Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang , JKR – Jabatan Kerja Raya , UM – Universiti Malaya.
Bentuk perkataan
Contoh :
1. BAIK – Bapa , Abang , Ibu , Kakak ( ahli keluarga )
2. Rimbas – Reptilia , Ikan , Mamalia , Burung , Amtibia , Serangga ( kumpulan haiwan )
3. HALA – Haiwan , Angin , Letusan , Air ( agen penyebaran biji benih )
Bentuk ayat
Contoh :
1. Membawa Jala Ke Hutan Bawa Ikan Umpan
Atau
Mak Jalan Kaki Hendak Beli Ikan Udang
( Merah , jingga , Kuning , Hijau , Biru , Indigo , Ungu –
warna pelangi )
2. Ulam Timun Sambal Belacan
( Utara , Timur , Selatan , Barat – arah mata angin )
Latihan :
1. Jenis – jenis penyakit berjangkit .
Taun , anjing gila , Malaria , Aids , Tibi
------------------------------------------------------------------------------
2. Nama-nama planet mengikut jarak dari matahari
Utarid , Zuhrah , Bumi , Marikh , Musytari , Zuhal , Uranus , Neptun , Pluto .
-------------------------------------------------------------------------------------
Harrah's New Orleans Casino & Hotel - JT Hub
ReplyDeleteJT Hub 태백 출장샵 has partnered with the 서귀포 출장샵 Harrah's New Orleans 세종특별자치 출장샵 Casino 김해 출장마사지 & 경기도 출장마사지 Hotel to bring you live entertainment, a premier entertainment destination, to the