banner

Sunday 13 November 2011

TUGASAN PEDAGOGI


TUGASAN PEDAGOGI SEMESTER 4

1.       Langkah - langkah pemulihan yang boleh dilakukan oleh seseorang guru membimbing murid-murid gagal dalam matapelajaran sains.

Terdapat beberapa langkah-langkah pemulihan yang sesuai dalam pengelolan sesi pemulihan. Langkah pertama ialah pengesanan murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan. Cara pengesanannya adalah melalui pemerhatian terhadap pembelajaran murid-murid membuat temu ramah-interaksi dengan murid-murid, membuat analisa tehadap hasil kerja bertulis murid dan menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lambat daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas.
             Langkah kedua ialah menganalisa masalah–masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid tertentu. Bagi menentukan kelemahan murid-murid biasanya ujian diagnostik digunakan untuk selepas berakhirnya sesuatu berakhirnya pembelajaran kemahiran. Ujian ini boleh dijalankan sama ada dalam bentuk bertulis dan objektif. Melalui keputusan peperiksaan yang dijalankan tersebut guru boleh merumuskan punca kelemahan tersebut. Terdapat juga murid-murid yang lambat ataupun lemah kerana menghadapi masalah psikologi, kurang kecerdasan, kecacatan, fizikal atau mental. Sekiranya terdapat murid yang menghadapi masalah seperti ini guru patut membuat rujukan kepada pihak tertentu.


Langkah ketiga ialah membuat rancangan program pemulihan berdasarkan punca-punca kelemahan pembelajaran murid. Bagi merancang program pemulihan agar terserlah keberkesananya guru haruslah mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan seperti:-

1.      Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang    kelemahan yang telah dikesan.
2.      Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada kepada abstrak dan daripada mudah ke susah mengikut pengalaman dan kebolehan murid.
3.      Pada peringkat awal, pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang perlu digunakan bagi membantu murid agar cepat memahami konsep yang diperlukan dalam menguasai kemahiran.
4.      Simbol dan istilah harus dikaitkan dengan pegetahuan sedia ada murid atau alat bantu mengajar. Ini amat ditekankan untuk mengelakkan murid mengulangi kesilapan yang lalu.   
5.      Selepas aktiviti pengajaran guru harus mengadakan aktiviti congak dan latihan bertulis. Soalan yang diberikan haruslah berbentuk daripada mudah ke susah. Pada peringkat awal pemulihan murid digalakkan menggunakan alat bantu mengajar bagi menyelesaikan masalah, tetapi lama-kelamaan murid harus menyelesaikan masalah tampa bantuan daripada alat dan diselesaikan dengan cara bertulis. 


6.      Aktiviti penilaian diberikan selepas aktiviti latihan bertulis dalam kelas. Guru perlu merancang dan menyediakan solan secara bertulis kerana penilaian tersebut yang menentukan sama ada objektif pengajaran pemulihan tersebut tercapai.

Langkah keempat ialah melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang. Pengajaran program ini biasanya dijalankan semasa murid-murid yang tidak bermasalah membuat latihan atau aktiviti pengayaan. Masa yang diambil untuk pengajaran sesuatu kemahiran di antara 10-15 minit. Seperti biasa selepas pengajaran pemulihan ianya mesti diikuti dengan aktiviti penilaian, ini bertujuan untuk mengetahui program pemulihan tersebut mencapai kejayaan atau tidak. Setiap keputusan yang diperolehi irtu mestilah dimasukkan ke dalam rekod, di mana rekod ini dijadikan rujukan asas untuk melanjutkan program seterusnya. 


2. Senaraikan 8 program pengayaan dan pemulihan untuk membantu murid-murid
    yang mempunyai sahsiah ambivert dan introvert.  

Program itu adalah merupakan lapan program pengayaan dan pemulihan khusus untuk  membantu murid-murid yang mempunyai sahsiah ambivert. Program itu adalah seperti berikut : -

  1. Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran murid.
  2. Soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru.
  3. Pemeriksaan hasil kerja murid selepas aktiviti pengukuhan. Semua keputusan penilaian ini harus direkodkan secara individu dalam satu borang rujukan.
  4. Menjalankan strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara kumpulan.
  5. Menjalankan strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara individu.
  6. Menjalankan satu sesi dialog bersama ibu bapa murid tersebut.
  7. Program rakan sebaya, iaitu rakan sekelas atau sekumpulan akan cuba membantu rakannya.
  8. Menjalankan satu sesi kaunseling terbuka, iaitu bersama rakan sebaya murid tersebut.
       

4. Apakah langkah – langkah dalam mengendalikan aktiviti pemulihan dalam bilik
 darjah.

a)      Mentukan objektif pengajaran
Sebelum pengajaran pemulihan objektif pembelajaran haruslah dibentuk terlebih dahulu. Tahap objektifnya haruslah sejajar dengan kebolehan pelajar-pelajar lambat. Objektif ditentukan berdasarkan masalah pembelajaran yang dihadapi.

b)     Pengesanan punca masalah
Seperti yang kita sedia maklum pelajar di dalam sesebuah bilik darjah berbeza dari segi minat, kebolehan dan bakat. Oleh itu, pengesanan punca masalah pelajar di dalam pelajaran boleh dilaksanakan melalui pemerhatian, pentafsiran rekod prestasi, ujian kertas dan pensel, latihan harian, soal jawab dan kuiz, serta temu bual dengan guru darjah dan ibu bapa. Maklum balas yang diperolehi melalui cara – cara tersebut dapat mengambarkan tentang permasalahan pelajar dalam memahami sesuatu konsep dan kemahiran yang telah diajar oleh guru.  

c)      Menentukan jangka masa
Penentuan jangkamasa adalah merupakan aspek yang penting didalam pemulihan ini.  Guru hendaklah menetapkan masa yang sesuai dan tidak terlalu lambat  serta tidak terlalu cepat.  Ini akan mengakibatkan kesan yang mendalam kepada murid sekiranya mereka diberi sepenuhnya penekanan.  Dengan itu guru hendaklah membuat jadual pemulihan terhadap murid yang lemah didalam matapelajaran didalam borang rujukan guru.

d)     Pengelolaan aktiviti
Untuk mengendalikan aktiviti pemulihan yang berkesan, pengelolaan aktiviti merupakan aset yang penting. Ini kerana, jika pengelolaan aktiviti yang membosankan, pelajar akan hilang daya tarikan, dan minat. Oleh itu, pengelolaan aktiviti yang menarik akan memastikan aktivitipemulihan dapat dijalankan dengan berkesan dan menarik.

e)      Bahan pengajaran
Bahan pengajaran hendaklah sesuai dengan sesi pengajaran dan pembelajaran.  Diantara bahan pengajaran yang haruslah digunakan oleh guru adalah seperti kad-kad huruf, kad-kad huruf bergambar, kad padanan, carta saku, kad selit, gambar cantuman, kad perkataan, kotak huruf, kad lipat, kad tarik dan lain-lain lagi.  Melalui kaedah bahan ini maka dapatlah murid-murid memahami dengan secepat yang mungkin.

f)       Bentuk lembaran kerja
Bentuk-bentuk lembaran kerja juga merupakan aspek yang penting untuk memudahkan sesi pemahaman murid.  Kebanyakan tujuan lembaran kerja ini dilakukan adalah untuk meningkatkan pengamatan penglihatan murid.  Di antara contoh-contoh lembaran kerja adalah seperti suaikan huruf kcil yang sama, suaikan  huruf besar yang sama, bulatkan gambar yang sama saiz, bulatkan huruf yang berlainan kedudukannya dan melengkapkan gambar denganmenyambungkan titik.

g)      Apakah aktiviti penilaian yang harus ?
Bentuk penilaian  hendaklah diadakan kerana ianya untuk mengesan samada objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai objektifnya.  Oleh itu guru mengadakan pemulihan secara formal seperti mengadakan ujian objektif  dan subjektif.  Ini akan dapat menguji samada murid itu faham atau tidak.  Selain daripada itu guru juga boleh melakukan ujain tidak formal seperti melekukan pemerhatian tingkah laku semasa murid menjawab lembaran kerja.  Kuiz dan soaljawab juga boleh dilakukan oleh guru semasa didalam kelas.  Setelah penilaian selesai, hasilnya akan dicatatkan di dalam rekod yang khas.  Bagi pelajar yang berjaya mereka akan ditempatkan didalam kumpulan dengan sejajar pencapaian mereka dan bagi yang gagal mereka akan dirujuk oleh guru resosuntuk tindakan pemulihan yang seterusnya.

h)      Apakah bentuk tidakan susulan?
Bentuk-bentuk tindakan susulan yang perlu diambil oleh guru ialah dengan mengenalpasti pelajar yang perlu dibantu dan pelajar yang menghadapi masalah. Seterusnya, guru itu akan menganalisis masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut agar pelajar itu dapat dibantu. Perancangan perlu dibuat tentang bagaimana cara untuk membantu pelajar yang bermasalah itu. Tindakan seterusnya ialah dengan melaksanakan pengajaran agar sedikit sebanyak pelajar tersebut dapat dibantu. Setelah selesai, penilaian haruslah dijalankan agar tindakan susulan dapat dilaksanakan sebagai langkah untuk pemulihan dapat dijalankan.
5. beri 10 tujuan program pengayaan dan pemulihan diadakan di sekolah.
10 tujuan program pengayaan dan program pemulihan di sekolah ialah

Program Pengayaan

Program Pemulihan


  • Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar
  • Memperluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan mereka.
  • Menggunakan masa lapang dengan bijaksana.
  • Menaruh minat terhadap bacaan.
  • Berminat untuk belajar sendiri.
  • Memupuk daya cipta.
  • Memupuk dan memperkembangkan sifat-sifat kepimpinan.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian yang tinggi atau kumpulan cerdas.
  • Mencungkil bakat dan memupuk sifat kerjasama, bertimbang rasa dan mempunyai nilai-nilai murni.
  • Memperkukuhkan satu-satu kemahiran di samping mendatangkan unsur keseronokan dan memupuk bakat kepimpinan.

  • Menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan kaedah, bahan-bahan pelajaran serta aktiviti alternatif yang sejajar dengan kebolehan serta minat mereka.
  • Menerima layanan secara individu mengikut kadar perkembangan mental mereka.
  • Mengatasi masalah-masalah akademik yang mereka hadapi.
  • Memperkembangkan potensi dan bakat mereka.
  • Menyertai aktiviti-aktiviti sosial di dalam dan di luar bilik darjah.
  • Membina sifat keyakinan diri supaya mereka dapat berinteraksi dengan berkesan dalam masyarakat.
  • Meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas jika perlu.
·         Menerima bahan-bahan pembelajaran yang lebih bermakna, iaitu lebih seimbang dengan kebolehan mereka.
  • Menikmati pengalaman berjaya di alam persekolahan.
  •  Membina perhubungan yang sihat dengan guru kelas, guru pemulihan dan rakan-rakan sedarjahnya.

No comments:

Post a Comment