banner

Thursday 6 October 2011

Assignment B&K + ENAM PRINSIP KAUNSELING INDIVIDU

           Di dalam proses kaunseling individu seorang kaunselor harus menitikberatkan enam prinsip penting bagi menjamin kelicinan dan kejayaan objektif kaunseling itu sendiri. Enam prinsip tersebut adalah seperti yang dinyatakan di bawah.
          Prinsip yang pertama ialah setiap orang kaunselor itu hendaklah menghormati kejujuran klien untuk berjumpa dengannya kerana meminta pertolongan. Ini bermakna, sebelum melakukan sesi temubual atau perbincangan lagi, kaunselor itu haruslah membina kepercayaan dan rasa rela hati di dalam diri klien terbabit. Pekara ini boleh berlaku dengan, kaunselor menunjukkan reaksi atau tindak balas positif seperti memberi senyuman kepada klien yang datang berjumpa.Klien yang datang berjumpa itu tadi, rasa besar hati kerana berasa dirinya selamat dan dihargai oleh kaunselor terbabit.
        Prinsip yang kedua ialah kaunselor hendaklah menjelaskan syarat-syarat kaunseling klien . Ini bermakna, pada masa ini kaunselor akan menerangkan syarat-syarat seorang kaunselor dan juga syarat-syarat menjadi kliennya. Sebagai contoh, kaunselor akan memberi tahu peranannya dan kelebihan yang ada di pihak klien itu sendiri. 
         Selain itu, kaunselor juga hendaklah merujuk kepada kaunselor yang lain jika kes yang dikendalikan adalah di laur bidang keupayaan dan juga pengalamannya. Sebagai contoh, sekiranya masalah ini berkaitan dengan akidah dan fahaman agama maka kaunselor hendaklah merujuk kepada yang lebih pakar seperti ustaz. Kaunselor ini tidak wajar sekiranya, kaunselor itu cuba berpura-pura mengetahui pekara yang sememangnya bukan di bidang kebolehannya. 

Prinsip yang keempat ialah kaunselor hendaklah memberitahu klien bahawa kesemua maklumat yang disampaikan adalah sulit. Menurut Patterson (1967) dalam bukunya yang berjudul The Caunselor in the School (1967), di antara ciri-ciri dan prinsip kaunseling ialah setiap orang kaunselor wajib memelihara segala maklumat klien. Ini amat penting bagi menjamin dan membina keyakinan dalam diri klien agar menceritakan perihal yang sebenar dengan yakin dan selamat.

Selain itu, kaunselor boleh meminta pandangan dan pendapat kaunselor-kaunselor yang lain sekiranya  masalah yang dikendalikan oleh kaunselor itu mempunyai kesulitan yang dapat diselesaikan seperti di luar bidang kebolehannya. Maklumat yang diberitahu kepada kaunselor yang lain tidak dikira dibocorkan kerana nama dan status klien yang menghadapi masalah itu tetap disembunyikan.
            Prinsip yang keenam atau yang akhir sekali iaitu, kaunselor turut bertanggungjawab mencari agensi-agensi rujukan jika kliennya telah mula mengancam keselamatan orang lain. Sebagai contoh , seorang pelajar berkata akan membakar blok asrama, maka kaunselor itu tidak boleh mengambil ringan walaupun adanya kawalan keselamatan yang ketat.
            Kesimpulannya, keenam-enam prinsip ini haruslah dipatuhi oleh kaunselor agar menjamin kejayaan objektif kaunseling individu itu sendiri. Sekiranya salah satu daripada prinsip-prinsip kaunseling ini dilanggar sudah tentu pihak kaunselor tidak akan menerima hasil yang dimatlamatkan.




No comments:

Post a Comment