banner

Thursday 6 October 2011

ENAM CARA MEMBANTU PELAJAR INTROVERT + Assignment B&K

Bagi mengatasi masalah tingkah laku bergantung ataupun introvert ini ialah guru boleh menolong pelajar berkenaan supaya membina konsep kendiri yang positif. Oleh itu, guru perlu merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi dan teknik mengajar seperti berikut:-
  • Merancang isi pelajaran dari mudah kepada sukar ataupun konkrit kepada abstrak. Ini perlu bagi langkah permulaan terhadap pelajar berkenaan agar mendapat keyakinan diri untuk menjawab soalan yang diberi seterusnya ataupun menunjukkan minat untuk belajar kepada topik yang seterusnya yang diketengahkan.
  • Penggunaan strategi pemusatan murid dan bahan. Dengan strategi yang diperkenalkan ini menggalakkan murid untuk memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.. Bagi pelajar introvert, ini merupakan peluang ataupun satu cara untuk membantu mereka kerana peluang interaksi di antara murid adalah lebih banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk di kalangan pelajar. Selain daripada itu, sebagai seorang guru yang mengamalkan cara demokratik dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka.
  • Mengutamakan kaedah individu dan aktiviti kumpulan yang mempunyai pelbagai kecerdasan ataupun kebolehan. Dengan menjalankan aktiviti kumpulan pelbagai kebolehan, aktiviti –aktiviti pembelajaran mampu melibatkan pelajar introvert ini untuk menyesuaikan diri  dalam kumpulan. Secara tidak langsung, ini akan dapat memberi peluang kepada pelajar introvert untuk menonjolkan bakat yang ada pada mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti melakukan aktiviti projek, permainan, simulasi dan sebagainya.
  • Memberi motivasi yang sesuai serta peneguhan positif. Guru perlu menerima semua pandangan yang pelajar cuba berikan dengan memahami konsep sumbangsaran. Jawapan ataupun pendapat yang diberikan oleh pelajar tadi sama ada salah ataupun betul, guru patut untuk mengiyakan kerana ini akan dapat merangsang pelajar untuk memberikan pendapat idea mereka tanpa berasa terhalang dengan perasaan takut ataupun malu sekiranya jawapan ataupun pendapat yang diberikan tadi adalah salah. Guru akan cuba memberikan penerangan ataupun memperbaiki mana-mana pendapat ataupun jawapan yang diberikan secara perbincangan dengan interaksi dua hala yang diamalkan dalam bilik darjah. Maka, pelajar introvert tadi boleh memberikan sedikit sebanyak respon dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
  • Mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling untuk pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku bergantung / introvert yang berlebihan.
  • Mengamalkan sikap penyayang dan melayan semua pelajar dengan sikap adil dan saksama tanpa pilih kasih.

No comments:

Post a Comment