banner

Thursday, 6 October 2011

Assignment B&K KAUNSELING INDIVIDU

Umum mengetahui seseorang kaunselor mempunyai tugas-tugas tertentu mengikut bidang kebolehannya seperti memberi bimbingan dan kaunseling. Kaunseling ini pula biasanya boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu kaunseling individu dan kaunseling kelompok.
        Apakah yang dimaksudkan dengan kaunseling individu?. Mengikut Cottle dan Downie (1970), kaunseling individu merujuk kepada satu bentuk proses perbincangan di antara seorang kaunselor dan seorang kliennya. Ini bermakna, kaunselor ini akan berusaha menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yang dihadapi sehingga dia mampu membuat pertimbangan serta mengambil keputusan daripada  pilihan-pilihan yang boleh membantunya mengatasi masalah.
            Menurut pendapat Blackhma (1977), kaunseling individu ini bererti satu hubungan kerjasama yang unik di antara kaunselor dan klien yang akan diberi peluang menghayati, berfikir dan berubah mengikut cara dan jalan yang boleh memberi manfaat kepada klien yang bermasaalah ini.
            Shertzer dan Stone (1981) pula berpendapat bahawa kauseling individu ini merujuk satu bentuk interaksi yang menyediakan hubungan yang bermakna di antara diri dengan persekitaran dan seterusnya menghasilkan satu pencapaian matlamat serta mewujudkan nilai-nilai untuk tingkah laku pada masa kelak.
            Seorang lagi ahli kaunseling rasional emosi iaitu Albert Ellis (1960,,1976) berpendapat bahawa proses kaunseling individu ini membawa erti satu proses menolong individu mengenal dan menerima kelakuan yang diterima orang. Kaunseling individu ini juga menolong klien berfikir dan bertindak dalam bentuk rasional .

PROSUDER KAUNSELING INDIVIDU
            Sebelum sesuatu proses kaunseling individu dijalankan seorang guru bimbingan haruslah menguasai kemahiran asas menyediakan prosedur kaunseling dan segala persediaan yang lain yang diperlukan seperti berikut :

A.    Membina hubungan permulaan dan kemasukan klien

Peringkat pertama di dalam sesi kaunseling  iaitu guru itu hendaklah membina
hubungan permulaan dan kemasukan klien dengan bijak amat penting bagi menjamin keberkesanan kaunseling itu seterusnya. Pendek kata ia merupakan satu alternatif bagi memulakan temubual bersama bakal kliennya.
 Pada permulaan temubual, seorang guru bimbingan ini hendaklah berusaha membina perasaan kepercayaan klien atau pelajar terhadapnya dan mewujudkan satu situasi di mana pelajar ini dengan rela hati meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapinya. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar yang hendak berjumpa seorang guru bimbingan buat kali pertama, hendaklah guru itu memastikan kliennya itu tadi dilayan dengan sewajarnya. Contoh, guru itu haruslah memberi senyuman dan memandangnya wajah bakal kliennya dan bukan terus meminta pelajar itu masuk tanpa melihat wajahnya dan sibuk menumpukan terhadap tugasannya. Seharusnya, guru bimbingan ini meninggalkan urusan yang lain dan menumpukan perhatiannya kepada pelajar yang mungkin menjadi kliennya pada masa itu.
Perihal ini, hendaklah dielakkan agar klien ini tidak akan rasa rendah diri dan rasa tidak dihargai. Pada masa yang sama, klien atau pelajar ini mungkin terus lari dan tidak akan berjumpa dengan mana-mana guru bimbingan pada masa akan datang. Hal ini juga tidak akan menyelesaikan masalah dan mungkin kesannya lebih buruk dari sebelumnya.
Guru bimbingan ini juga boleh membina dan memulakan hubungan dengan memberi kata rangsangan sebelum permulaan temubual seperti “ Saya gembira anda berada di sini. Saya berharap anda boleh berkongsi masalah dengan saya agar kita dapat mencari ikhtiar untuk kebaikan anda. Silakan”. Perihal ini, sememangnya nampak remeh dan mudah tetapi kesannya dapat menjamin kelancaran sesi bimbingan anda.
Seterusnya, semasa proses ini berjalan guru bimbingan haruslah peka dan memberi perhatian terhadap luahan hati kliennya. Guru bimbingan juga hendaklah memastikan tiada halangan-halangan semasa sesi temubual ini berlangsung seperti mengelak pekara yang boleh dielakkan. Sebagai contoh, jangan pada masa inilah guru kaunseling baru berasa lapar dan sakit. Guru ini haruslah bersiap sedia sepenuhnya bagi menjamin kelancaran sesi bimbingan ini. Sekiranya terdapat gangguan semasa sesi temubual ini sudah tertentu menjejaskan hubungan mesra dan percaya tadi yang dapat dikawal sebelum sesi temubual berlaku. Pendek kata, sekarang sudah ada ‘block’ di antara guru pembimbing dan kliennya.
Selain itu, guru bimbingan ini haruslah pandai menggunakan gaya intonasi dan nada yang bersesuaian agar perkataan yang ingin disampaikan dapat diterima dengan baik dan berkesan. Guru ini juga hendak menggunakan laras bahasa yang setaraf dengan kemampuan klien atau pelanggannya. Sebagai contoh, guru pembimbing ini sentiasa menggunakan bahasa “high standard” dan bercampur aduk di antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pekara ini, sudah tentu menjejaskan komunikasi dan interaksi di antara guru pembimbing dan juga kliennya. 

B. Membuat penerokaan dan penjelasan

          Di dalam peringkat ini, guru terlebih dahulu haruslah bersiap sedia dengan mengesan masalah sebenar yang dihadapi oleh kliennya. Maknanya, pada masa ini guru bimbingan ini sudah dapat satu gambaran yang jelas tentang masalah atau konflik yang sebenarnya yang dihadapi oleh kliennya. Proses kaunseling tidak akan bermakna sekiranya pekara yang diluahkan oleh pelajar yang bermasalah itu tadi, tidak dapat dikesan dan difahami oleh kaunselor sepenuhnya. Maka dengan itu proses yang dijalankan akan terbantut sehinggalah guru bimbingan itu tadi memahami maksud sebenarnya.
            Pekara ini boleh berlaku kerana hampir semua klien kaunselor ini tidak akan menyatakan masalah yang dihadapinya secara langsung atau ‘straight to the point’. Mereka lebih selesa menyatakan masalah mereka di dalam bentuk kiasan. Contohnya, seorang pelajar yang tidak menyukai seseorang guru atas sebab-sebab yang tertentu mungkin tidak akan menyebut sebenar nama guru terbabit tetapi sebaliknya pelajar ini akan menyatakan dia mempunyai  masalah di dalam matapelajaran yang diajar oleh guru yang tidak disukai itu tadi. Maka dengan ini kaunselor seharusnya berpengalaman dalam membuat tanggapan yang sahih mengenai maksud sebenar masalah yang dihadapi oleh pelajar ini.
            Selain itu, bagi mengetahui maksud sebenar masalah yang dihadapi guru pembimbing haruslah mengambil tindakan susulan dengan menyediakan beberapa soalan-soalan terbuka yang boleh mendorongkan pelajar ini meluahkan perasaannya.
Sebagai contoh, seorang pelajar tidak menyukai bapanya. Guru kaunselor itu tadi, boleh mengemukakan soalan seperti “Bolehkah beritahu saya mengapa anda tidak menyukai bapa kamu yang menjaga anda?”. Dalam beberapa kes, ada klien yang tidak dapat menjawab soalan ini dan hanya mampu mendiamkan diri, sekiranya ini berlaku guru pembimbing ini, haruslah bersabar dan memberi sedikit masa untuk pelajar itu memikir dan mengatur jawapannya.
Jika proses kaunseling itu tadi terbantut kerana pelajar itu tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan, maka guru bimbingan haruslah menukar soalan dalam bentuk yang lebih mudah. Pendek kata, guru ini haruslah menggunakan soalan-soalan berbentuk siri yang mempunyai kesinambungan dengan soalan sebelumnya. Jelas, menunjukkan  penguasaan kemahiran menyoal amat penting di sini , tetapi ia juga turut penting dalam keseluruhan perbincangan di antara kaunselor dan pelajar ini.
Selain itu, bagi meneroka atau mencungkil maklumat dan memahami perasaan pelajar , guru bimbingan turut juga perlu menguasai kemahiran temubual seperti menunjukkan perhatian yang teliti serta kemahiran bukan lisan seperti mengangguk kepala, senyum, memberi isyarat dan pujian yang menggalakkan.

C. Membina matlamat dan mengenal pasti masalah. 
D. Mencari alternatif.

E. Penamatan dan rumusan.



 


No comments:

Post a Comment