banner

Thursday, 6 October 2011

Assignment B&K + PROSUDER PELAKSANAAN KAUNSELING KELOMPOK

          Dalam pelaksanaan  sesuatu kaunseling kelompok beberapa prosuder mestilah dituruti oleh seseorang kaunselor. Kaunseling kelompok ini boleh juga, dilakukan dengan dua kaedah iaitu secara bersemuka dan secara tidak bersemuka. Semua kaunselor haruslah mengikuti dan mengalami empat tahap perkembangan bagi sesuatu kaunseling kelompok itu. Empat tahap perkembangan tersebut adalah permulaan kelompok, tahap peralihan ,tahap bekerja dan peringkat yang akhir iaitu mengakhiri kelompok. 
            Bagi tahap permulaan kelompok, pelbagai masalah akan dihadapi semua pihak sama
ada bagi pihak peserta atau klien atau bagi pihak kaunselor itu sendiri. Masalah yang dihadapi ialah dari segi pemilihan ahli. Ini termasuk perkara-perkara yang berkaitan umur, jantina, kaum dan agama di kalangan klien itu sendiri. Masalah saiz kelompok dan tahap penglibatan ahli-ahli juga perlu diambil kira. Kesemua ini perlu di ‘setting’ terlebih dahulu oleh ketua kelompok iaitu kaunselor yang mengendalikan kes itu
            Selain itu, masalah turut dialami oleh pihak peserta atau klien itu sendiri. Ini bermakna sebelum permulaan atau sesi pengenalan kebanyakan mereka akan berasa malu dan keasingan di antara satu sama lain. Mereka akan berfikir yang mereka kurang percaya dan selesa menceritakan di depan ahli yang ramai tentang masalah yang mereka hadapi.
Oleh itu kaunselor haruslah memainkan peranan di sini sama ada ingin membentuk penyertaan ahli dalam kelompok secara kehendak sendiri atau secara arahan. Semua pekara ini mesti dirancang terlebi dahulu oleh pihak kaunselor bagi keberkesanan pelaksanaan kaunseling kelompok itu sendiri.
            Setelah permulaan kelompok berlaku dengan ciri-ciri pengenalan ahli dan penerimaan ahli-ahli secara luaran dan mula rasa selamat ahli kelompok mula masuk kepada dinamik yang lebih terlibat. Semasa peralihan ini berlaku ada dua pekara yang akan timbul iaitu konflik dan tolak ansur. 

         Apabila ahli-ahli bersedia untuk memulakan penglibatan diri dalam kelompok, mereka akan mula mengenegahkan diri untuk mencari tempat masing-masing atau pengaruh masing-masing. Persaingan yang berlaku antara ahli supaya mendapatkan ruang masing-masing akan menimbulkan konflik. Konflik ini juga, akan menimbulkan kebimbangan tinggi bagi ahli-ahli kelompok. Ahli-ahli dan kaunselor sendiri akan bergelut dengan isu-isu seperti struktur, arah, kawalan dan perhubungan.

            Pada masa yang sama, sekiranya konflik yang dialami tidak dapat diatasi , perkembangan kelompok ke tahap seterusnya tidak akan berlaku. Kemungkinan kelompok itu akan dibubarkan kerana penglibatan  ahli-ahli  terlalu banyak dalam konflik sehingga ahli merasakan tidak bermaya lagi untuk meneruskan kelompok.

        Oleh itu, semua anggota ahli mestilah mempunyai sikap tolak ansur di antara satu sama lain bagi mewujudkan satu suasana kesepaduan di antara ahli. Secara tidak langsung ia dapat mewujudkan satu pendedahan rahsia diri dan dapat juga meningkatkan penerimaan sesama mereka sendiri serta akan merasakan hak kepunyaan bersama dalam sesebuak kelompok. Amalan memihak mulai kurang dan ahli-ahli mula menegakkan norma-norma kumpulan melalui kerjasama menyuarakan pendapat masing-masing.

           Pada tahap ini iaitu tahap bekerja, saranan dan tindakan menyelesaikan masalah bagi semua ahli hendaklah melibatkan satu keputusan secara bersama-sama. Ini bermakna, setiap ahli berbincang bersama-sama dan memberi pandangan masing-masing bagi membantu menyelesaaikan masalah di kalangan mereka. Ahli-ahli akan diberi peluang meneliti masalahnya dengan lebih dekat, berbincang tentang pilihan resolusi dan mencuba tingkah laku baru.
            
        Sifat yang memaparkan keinginan untuk berubah amatlah perlu. Kualiti kepimpinan wujud di kalangan ahli. Ahli akan menyokong sesam asendiri dan kerjasama yang erat akan terbentuk. Pada keseluruhannya, pada peringkat ini banyak memperlihatkan peringkat berfungsinya sesuatu kaunseling kelompok itu dan setakat mana tingginya produktiviti di kalangan ahli-ahli.
             
        Apabila ahli sepakat mencapai matlamat masing-masing, kelompok bolehlah merancang dan sepakat bagi menamatkan sesi itu. Di sini ketua menyarankan semua ahli membuat sesi gulungan atau rumusan masing-masing. Pendek kata, pada peringkat ini , kita dapat memerhatikan ahli dapat mengimbangkan keperluan diri dengan keperluan kumpulan. Di sini, kita juga dapat melihat had optimum dalam perhubungan dan kepuasan bagi setiap anggota kelompok tercapai.

No comments:

Post a Comment