banner

Thursday, 6 October 2011

JADUAL PENENTU UJIAN

Jadual penentu ujian ialah satu rancangan untuk sesuatu item atau lebih dikenali sebagai soalan yang mengandungi pelbagai tajuk serta aras kemahiran soalan. Ia adalah berfungsi sebagai membantu seorang guru untuk menyediakan atau membentuk soalan berdasarkan aras yang berbagai-bagai dan juga krateria yang telah ditetapkan.

            Dengan wujudnya ujian yang dipanggil Jadual Penentu Ujian, maka dapatlah seseorang guru itu menetukan apa bentuk kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid. Disamping itu, guru dapat menyiapkan soalan-soalan yang boleh memberangsangkan pemikiran murid-murid agar dapat memperbaiki kelemahan dari masa ke semasa.

LANGKAH PENYEDIAAN JADUAL PENENTU UJIAN
  1. Menentukan isi kandungan dan topik disusun mengikut caranya. Ia mungkin berdasarkan darjah kesukaran, perkembangan semasa dan sebagainya. Oleh itu, guru perlulah menyusunnya mengikut dasar yang diterima.
  2. Menyediakan jadual dua demensi iaitu senarai topik dan aras kemahiran.
  3. Menentukan jumlah bilangan item atau soalan bagi setiap topik berdasarkan aras kemahiran yang disediakan dan memasukkannya dalam jadual penentu ujian.
  4. Menentukan aras kemahiran sama ada aras kefahaman, pengetahuan, aplikasi, analisis, sintesis atau penilaian.
  5. Menjumlahkan semua bilangan atau item bagi setiap topik berdasarkan aras kemahiran yang disediakan dan memasukkannya ke dalam jadual penentu ujian.
  6. Menjumlahkan semua bilangan soalan dalam setiap aras dan keseluruhan.
  7. Menyemak jadual penentu ujian yang disediakan dan mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan yang mengajar mata pelajaran yang sama.

 

OBJEKTIF JADUAL PENENTU UJIAN


            Pada dasarnya,  penilaian merupakan suatu sistem yang penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran KBSR dan KBSM. Antara tujuan-tujuan yang dapat diperolehi daripada Jadual Penentu Ujian (JPU) adalah:
  • Kumpul maklumat tentang pencapaian murid-murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan.
  • Membuat taksiran untuk tindakan yang patut dilakukan.
  • Menentukan kekuatan dan kelemahan murid-murid dalam topik-topik yang di ajar untuk membuat perancangan pemulihan dan pengayaan.
  • Merancangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
  • Merupakan tugasan pengajian ilmu pendidikan bagi guru pelatih.
 

JULAT

Julat                = skor maksima – skor minima
                        = 90 – 46
                        = 44

SAIZ SELANG KELAS

Selang kelas   = sempadan atas – sempadan bawah
                        = 49.5 – 41.5
                        = 8


MIN

Min                 = jumlah kekerapan ´ titik tengah
                                       jumlah kekerapan

                        = Sfx
                             n
                        = 2889.5
                              41
                        = 70.48

 
PENGIRAAN MEDIAN ( MD )
MD     = L + ( n / 2 ) – s ( l )
            = 65.5 + (42 – 16 ) ¸ 9 ´ 8
            = 65.5 + 4.48
            = 69.98

Di mana :
65.5 = L = Had bawah sebenar selang kelas median
42 = N = Jumlah kekerapan atau calon
16 = S = Jumlah kekerapan sebenar kelas median
9 = F = Kekerapan kelas median
8 = l = Saiz selang kelas



PENGIRAAN MOD


M        = LI + ( AI / ( AI + A2 ) ) I
            = 57.5 + [12 / (12+4)] 8
            = 57.5 + 6
            63.5


Di mana :
57.5 = LI = had bawah sebenar selang kelas
12 = AI = ( kekerapan kelas mod ) – ( kekerapan kelas sebelumnya )
9 = A2 = ( kekerapan kelas mod ) + ( kekerapan kelas selepasnya )
8 = I = saiz selang kelas

MIN > MEDIAN > MOD                             Pencongan positif
70.01 > 69.98 > 65.5


INDEKS KESUKARAN

PENTAFSIRAN ITEM SOALAN
KEPUTUSAN
0.3 hingga 1K
Terlalu sukar
Ubahsuai
0.3 hingga 0.8
Sederhana
Sesuai
0.8 hingga 1K
Terlalu mudah
Ubahsuai

INDEKS DISKRIMINASI

  • Untuk membezakan calon-calon daripada kumpulan cerdas dan kumpulan yang kurang cerdas.
  • Indeks diskriminasi = B2 – B1
(1/2)   (1)

Di mana :
B2 ialah jumlah calon dalam kumpulan tertinggi menjawab item soalan dengan betul.
B1 ialah jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item soalan dengan betul.

 

PENGANALISIS DAN PENTAKSIRAN ITEM SOALAN


            Penganalisis item atau soalan adalah merupakan satu kajian yang sistematik terhadap sains telah lama digunakan dalam ujian, sama ada mempunyai ciri-ciri ujian terbaik terhadap kebolehpercayaan, objektif, kebolehpentadbiran, dan kemudahtafsiran.

            Maklumat ini dapat menolong seseorang guru untuk memperbaiki kelemahan item tersebut. Ia akan disimpan di dalam simpanan item pada masa akan datang.

            Penganalisis ini adalah berdasarkan keputusan ujian yang lepas untuk dijadikan sebagai  penentuan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi setiap item yang telah digubal. Nilai indeks yang didapati dapat dijadikan sebagai pemangkin untuk terus digunakan atau tidak.

Indeks kesukaran

  • Ia digunakan untuk menentukan sama ada item itu terlalu sukar sederhana  atau terlalu mudah.
  • Indeks kesukaran = Bilangan calon menjawab dengan betul
        Jumlah calon yang mencuba item itu

ENAM CARA MEMBANTU PELAJAR INTROVERT + Assignment B&K

Bagi mengatasi masalah tingkah laku bergantung ataupun introvert ini ialah guru boleh menolong pelajar berkenaan supaya membina konsep kendiri yang positif. Oleh itu, guru perlu merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi dan teknik mengajar seperti berikut:-
  • Merancang isi pelajaran dari mudah kepada sukar ataupun konkrit kepada abstrak. Ini perlu bagi langkah permulaan terhadap pelajar berkenaan agar mendapat keyakinan diri untuk menjawab soalan yang diberi seterusnya ataupun menunjukkan minat untuk belajar kepada topik yang seterusnya yang diketengahkan.
  • Penggunaan strategi pemusatan murid dan bahan. Dengan strategi yang diperkenalkan ini menggalakkan murid untuk memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.. Bagi pelajar introvert, ini merupakan peluang ataupun satu cara untuk membantu mereka kerana peluang interaksi di antara murid adalah lebih banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk di kalangan pelajar. Selain daripada itu, sebagai seorang guru yang mengamalkan cara demokratik dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka.
  • Mengutamakan kaedah individu dan aktiviti kumpulan yang mempunyai pelbagai kecerdasan ataupun kebolehan. Dengan menjalankan aktiviti kumpulan pelbagai kebolehan, aktiviti –aktiviti pembelajaran mampu melibatkan pelajar introvert ini untuk menyesuaikan diri  dalam kumpulan. Secara tidak langsung, ini akan dapat memberi peluang kepada pelajar introvert untuk menonjolkan bakat yang ada pada mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti melakukan aktiviti projek, permainan, simulasi dan sebagainya.
  • Memberi motivasi yang sesuai serta peneguhan positif. Guru perlu menerima semua pandangan yang pelajar cuba berikan dengan memahami konsep sumbangsaran. Jawapan ataupun pendapat yang diberikan oleh pelajar tadi sama ada salah ataupun betul, guru patut untuk mengiyakan kerana ini akan dapat merangsang pelajar untuk memberikan pendapat idea mereka tanpa berasa terhalang dengan perasaan takut ataupun malu sekiranya jawapan ataupun pendapat yang diberikan tadi adalah salah. Guru akan cuba memberikan penerangan ataupun memperbaiki mana-mana pendapat ataupun jawapan yang diberikan secara perbincangan dengan interaksi dua hala yang diamalkan dalam bilik darjah. Maka, pelajar introvert tadi boleh memberikan sedikit sebanyak respon dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
  • Mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling untuk pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku bergantung / introvert yang berlebihan.
  • Mengamalkan sikap penyayang dan melayan semua pelajar dengan sikap adil dan saksama tanpa pilih kasih.

Assignment B&K + PROSUDER PELAKSANAAN KAUNSELING KELOMPOK

          Dalam pelaksanaan  sesuatu kaunseling kelompok beberapa prosuder mestilah dituruti oleh seseorang kaunselor. Kaunseling kelompok ini boleh juga, dilakukan dengan dua kaedah iaitu secara bersemuka dan secara tidak bersemuka. Semua kaunselor haruslah mengikuti dan mengalami empat tahap perkembangan bagi sesuatu kaunseling kelompok itu. Empat tahap perkembangan tersebut adalah permulaan kelompok, tahap peralihan ,tahap bekerja dan peringkat yang akhir iaitu mengakhiri kelompok. 
            Bagi tahap permulaan kelompok, pelbagai masalah akan dihadapi semua pihak sama
ada bagi pihak peserta atau klien atau bagi pihak kaunselor itu sendiri. Masalah yang dihadapi ialah dari segi pemilihan ahli. Ini termasuk perkara-perkara yang berkaitan umur, jantina, kaum dan agama di kalangan klien itu sendiri. Masalah saiz kelompok dan tahap penglibatan ahli-ahli juga perlu diambil kira. Kesemua ini perlu di ‘setting’ terlebih dahulu oleh ketua kelompok iaitu kaunselor yang mengendalikan kes itu
            Selain itu, masalah turut dialami oleh pihak peserta atau klien itu sendiri. Ini bermakna sebelum permulaan atau sesi pengenalan kebanyakan mereka akan berasa malu dan keasingan di antara satu sama lain. Mereka akan berfikir yang mereka kurang percaya dan selesa menceritakan di depan ahli yang ramai tentang masalah yang mereka hadapi.
Oleh itu kaunselor haruslah memainkan peranan di sini sama ada ingin membentuk penyertaan ahli dalam kelompok secara kehendak sendiri atau secara arahan. Semua pekara ini mesti dirancang terlebi dahulu oleh pihak kaunselor bagi keberkesanan pelaksanaan kaunseling kelompok itu sendiri.
            Setelah permulaan kelompok berlaku dengan ciri-ciri pengenalan ahli dan penerimaan ahli-ahli secara luaran dan mula rasa selamat ahli kelompok mula masuk kepada dinamik yang lebih terlibat. Semasa peralihan ini berlaku ada dua pekara yang akan timbul iaitu konflik dan tolak ansur. 

         Apabila ahli-ahli bersedia untuk memulakan penglibatan diri dalam kelompok, mereka akan mula mengenegahkan diri untuk mencari tempat masing-masing atau pengaruh masing-masing. Persaingan yang berlaku antara ahli supaya mendapatkan ruang masing-masing akan menimbulkan konflik. Konflik ini juga, akan menimbulkan kebimbangan tinggi bagi ahli-ahli kelompok. Ahli-ahli dan kaunselor sendiri akan bergelut dengan isu-isu seperti struktur, arah, kawalan dan perhubungan.

            Pada masa yang sama, sekiranya konflik yang dialami tidak dapat diatasi , perkembangan kelompok ke tahap seterusnya tidak akan berlaku. Kemungkinan kelompok itu akan dibubarkan kerana penglibatan  ahli-ahli  terlalu banyak dalam konflik sehingga ahli merasakan tidak bermaya lagi untuk meneruskan kelompok.

        Oleh itu, semua anggota ahli mestilah mempunyai sikap tolak ansur di antara satu sama lain bagi mewujudkan satu suasana kesepaduan di antara ahli. Secara tidak langsung ia dapat mewujudkan satu pendedahan rahsia diri dan dapat juga meningkatkan penerimaan sesama mereka sendiri serta akan merasakan hak kepunyaan bersama dalam sesebuak kelompok. Amalan memihak mulai kurang dan ahli-ahli mula menegakkan norma-norma kumpulan melalui kerjasama menyuarakan pendapat masing-masing.

           Pada tahap ini iaitu tahap bekerja, saranan dan tindakan menyelesaikan masalah bagi semua ahli hendaklah melibatkan satu keputusan secara bersama-sama. Ini bermakna, setiap ahli berbincang bersama-sama dan memberi pandangan masing-masing bagi membantu menyelesaaikan masalah di kalangan mereka. Ahli-ahli akan diberi peluang meneliti masalahnya dengan lebih dekat, berbincang tentang pilihan resolusi dan mencuba tingkah laku baru.
            
        Sifat yang memaparkan keinginan untuk berubah amatlah perlu. Kualiti kepimpinan wujud di kalangan ahli. Ahli akan menyokong sesam asendiri dan kerjasama yang erat akan terbentuk. Pada keseluruhannya, pada peringkat ini banyak memperlihatkan peringkat berfungsinya sesuatu kaunseling kelompok itu dan setakat mana tingginya produktiviti di kalangan ahli-ahli.
             
        Apabila ahli sepakat mencapai matlamat masing-masing, kelompok bolehlah merancang dan sepakat bagi menamatkan sesi itu. Di sini ketua menyarankan semua ahli membuat sesi gulungan atau rumusan masing-masing. Pendek kata, pada peringkat ini , kita dapat memerhatikan ahli dapat mengimbangkan keperluan diri dengan keperluan kumpulan. Di sini, kita juga dapat melihat had optimum dalam perhubungan dan kepuasan bagi setiap anggota kelompok tercapai.

Assignment B&K +MASALAH-MASALAH MURID YANG BOLEH DIKUMPULKAN DALAM SATU KELOMPOK

         Umum mengetahui melakukan satu kesilapan merupakan satu lumrah kehidupan bagi seseorang makhluk yang bergelar manusia. Fakta ini, tidak boleh dijadikan satu alasan bagi seseorang individu atau kumpulan melakukan kesilapan yang dapat dielakkan.
  Sekiranya melakukan kesilapan buat pertama kali, sudah tentu boleh dimaafkan tetapi sekiranya melakukan satu kesilapan yang berulang ini bermakna individu atau kumpulan terbabit tidak mengalami proses pengajaran dan pembelajaran.
      Sejajar dengan pembangunan negara yang begitu pesat, kita dapat manfaat dan faedah daripadanya.Namun begitu, bagi mana-mana negara umumnya, tidak akan lari dan tidak bebas daripada menghadapi masalah-masalah sosial khususnya daripada pelajar sekolah itu sendiri. Di sekolah, para pelajar datang daripada pelbagai latar belakang yang berlainan. Ada yang bermotivasi tinggi dan ada pula yang sebaliknya.
  Jesteru itu, masalah-masalah displin yang timbul di sekolah terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya ialah, masalah ponteng sekolah, merokok, peras ugut, penyalahgunaan dadah, melawan guru, vandalisme dan masalah displin yang lain. Pendek kata, kesemua masalah yang timbul ini kebiasaannya dilakukan secara kelompok atau berkumpulan.   Ia dapat disokong dengan fakta yang mengatakan pada peringkat muda seperti pelajar sekolah ini, pengaruh yang lebih besar datangnya daripada rakan sebaya.          

  Kesemua ini bergantung kepada siapa yang digauli dan rapat kepada seseorang individu itu, bagi mengelakkan daripada dipengaruhi unsure-unsur dan elemen yang kurang baik.  Antara masalah-masalah murid yang boleh dikumpulkan dalam satu kelompok yang dapat dilihat pada masa kini ialah :
  1. Masalah Penyalahgunaan Dadah
  2. Masalah Merokok
  3. Masalah Penyalahgunaan Inhalan
  4. Vandalisme
  5. Masalh Peras Ugut
  6. Ponteng Sekolah
  7. Masalah Akademik

Assignment B&K + ENAM PRINSIP KAUNSELING INDIVIDU

           Di dalam proses kaunseling individu seorang kaunselor harus menitikberatkan enam prinsip penting bagi menjamin kelicinan dan kejayaan objektif kaunseling itu sendiri. Enam prinsip tersebut adalah seperti yang dinyatakan di bawah.
          Prinsip yang pertama ialah setiap orang kaunselor itu hendaklah menghormati kejujuran klien untuk berjumpa dengannya kerana meminta pertolongan. Ini bermakna, sebelum melakukan sesi temubual atau perbincangan lagi, kaunselor itu haruslah membina kepercayaan dan rasa rela hati di dalam diri klien terbabit. Pekara ini boleh berlaku dengan, kaunselor menunjukkan reaksi atau tindak balas positif seperti memberi senyuman kepada klien yang datang berjumpa.Klien yang datang berjumpa itu tadi, rasa besar hati kerana berasa dirinya selamat dan dihargai oleh kaunselor terbabit.
        Prinsip yang kedua ialah kaunselor hendaklah menjelaskan syarat-syarat kaunseling klien . Ini bermakna, pada masa ini kaunselor akan menerangkan syarat-syarat seorang kaunselor dan juga syarat-syarat menjadi kliennya. Sebagai contoh, kaunselor akan memberi tahu peranannya dan kelebihan yang ada di pihak klien itu sendiri. 
         Selain itu, kaunselor juga hendaklah merujuk kepada kaunselor yang lain jika kes yang dikendalikan adalah di laur bidang keupayaan dan juga pengalamannya. Sebagai contoh, sekiranya masalah ini berkaitan dengan akidah dan fahaman agama maka kaunselor hendaklah merujuk kepada yang lebih pakar seperti ustaz. Kaunselor ini tidak wajar sekiranya, kaunselor itu cuba berpura-pura mengetahui pekara yang sememangnya bukan di bidang kebolehannya. 

Prinsip yang keempat ialah kaunselor hendaklah memberitahu klien bahawa kesemua maklumat yang disampaikan adalah sulit. Menurut Patterson (1967) dalam bukunya yang berjudul The Caunselor in the School (1967), di antara ciri-ciri dan prinsip kaunseling ialah setiap orang kaunselor wajib memelihara segala maklumat klien. Ini amat penting bagi menjamin dan membina keyakinan dalam diri klien agar menceritakan perihal yang sebenar dengan yakin dan selamat.

Selain itu, kaunselor boleh meminta pandangan dan pendapat kaunselor-kaunselor yang lain sekiranya  masalah yang dikendalikan oleh kaunselor itu mempunyai kesulitan yang dapat diselesaikan seperti di luar bidang kebolehannya. Maklumat yang diberitahu kepada kaunselor yang lain tidak dikira dibocorkan kerana nama dan status klien yang menghadapi masalah itu tetap disembunyikan.
            Prinsip yang keenam atau yang akhir sekali iaitu, kaunselor turut bertanggungjawab mencari agensi-agensi rujukan jika kliennya telah mula mengancam keselamatan orang lain. Sebagai contoh , seorang pelajar berkata akan membakar blok asrama, maka kaunselor itu tidak boleh mengambil ringan walaupun adanya kawalan keselamatan yang ketat.
            Kesimpulannya, keenam-enam prinsip ini haruslah dipatuhi oleh kaunselor agar menjamin kejayaan objektif kaunseling individu itu sendiri. Sekiranya salah satu daripada prinsip-prinsip kaunseling ini dilanggar sudah tentu pihak kaunselor tidak akan menerima hasil yang dimatlamatkan.




Assignment B&K + PERBEZAAN KAUNSELING INDIVIDU DAN KAUNSELING KELOMPOK

Umum mengetahui kaunseling itu, dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara pengendaliannya, tetapi kedua-dua itu jenis kaunseling ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin membantu kliennya dalam perkembangan diri. Berikut merupakan perbezaan di antara kaunseling individu dan kaunseling kelompok:

Kaunseling Individu

Kaunseling Kelompok

1. Proses terapeutik terhad antara seorang  kaunselor dengan seorang individu sahaja. Ini bermakna interaksi yang dijalankan melibatkan hanyalah dua hala sahaja
1. Proses terapeutik berlaku antara kaunselor dengan beberapa individu dalam kelompok itu. Interaksi yang berlangsung pelbagai hala.
2. Pertolongan atau bantuan yang diterima hanya satu hala, iaitu daripada kaunselor sahaja. Ini bermakna perbincangan ini tidak dipengaruhi pihak luar melainkan kaunselor itu sahaja
2. Peserta-peserta berpeluang memberi dan menerima pertolongan sama ada daripada kaunselor atau peserta-peserta yang lain
3. Fungsi kaunselor tidak berubah
3. Fungsi kaunselor sebagai ketua kumpulan dalam kelompok ini boleh berubah dan diambil alih oleh peserta-peserta lain
4. Suasana selesa dan percaya lebih mudah terbina kerana interaksi hanya melibatkan seorang sahaja
4. Lebih sukar untuk membina situasi selesa dan percaya kerana pesertanya lebih daripada seorang dan mungkin perasaan malu di antara peserta dengan peserta lain
5. Klien hanya menumpukan perhatian kepada masalahnya sahaja dan mendapat teguran daripada kaunselor sahaja dan sebaliknya kaunselor hanya menumpukan kepada seorang klien sahaja
5. Peserta dapat memerhati tingkahlaku proses penyelesaian masalah dan cara mengendalikan masalah oleh peserta-peserta lain
6. Kaunselor memberi sepenuh perhatian kepada kliennya
6. Perhatian  kaunselor terbahagi kepada ramai peserta dan ini memberi peluang peserta yang merasa terancam dan kurang selamat berdiam diri sahaja
7. Tidak wujud identiti kelompok , bersatu padu dan semangat tolong menolong antara peserta seperti kaunseling kelompok
7. Terdapat semangat koperatif iaitu tolong menolong, identity kelompok dan bersatu padu antara peserta.

Assignment B&K KAUNSELING INDIVIDU

Umum mengetahui seseorang kaunselor mempunyai tugas-tugas tertentu mengikut bidang kebolehannya seperti memberi bimbingan dan kaunseling. Kaunseling ini pula biasanya boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu kaunseling individu dan kaunseling kelompok.
        Apakah yang dimaksudkan dengan kaunseling individu?. Mengikut Cottle dan Downie (1970), kaunseling individu merujuk kepada satu bentuk proses perbincangan di antara seorang kaunselor dan seorang kliennya. Ini bermakna, kaunselor ini akan berusaha menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yang dihadapi sehingga dia mampu membuat pertimbangan serta mengambil keputusan daripada  pilihan-pilihan yang boleh membantunya mengatasi masalah.
            Menurut pendapat Blackhma (1977), kaunseling individu ini bererti satu hubungan kerjasama yang unik di antara kaunselor dan klien yang akan diberi peluang menghayati, berfikir dan berubah mengikut cara dan jalan yang boleh memberi manfaat kepada klien yang bermasaalah ini.
            Shertzer dan Stone (1981) pula berpendapat bahawa kauseling individu ini merujuk satu bentuk interaksi yang menyediakan hubungan yang bermakna di antara diri dengan persekitaran dan seterusnya menghasilkan satu pencapaian matlamat serta mewujudkan nilai-nilai untuk tingkah laku pada masa kelak.
            Seorang lagi ahli kaunseling rasional emosi iaitu Albert Ellis (1960,,1976) berpendapat bahawa proses kaunseling individu ini membawa erti satu proses menolong individu mengenal dan menerima kelakuan yang diterima orang. Kaunseling individu ini juga menolong klien berfikir dan bertindak dalam bentuk rasional .

PROSUDER KAUNSELING INDIVIDU
            Sebelum sesuatu proses kaunseling individu dijalankan seorang guru bimbingan haruslah menguasai kemahiran asas menyediakan prosedur kaunseling dan segala persediaan yang lain yang diperlukan seperti berikut :

A.    Membina hubungan permulaan dan kemasukan klien

Peringkat pertama di dalam sesi kaunseling  iaitu guru itu hendaklah membina
hubungan permulaan dan kemasukan klien dengan bijak amat penting bagi menjamin keberkesanan kaunseling itu seterusnya. Pendek kata ia merupakan satu alternatif bagi memulakan temubual bersama bakal kliennya.
 Pada permulaan temubual, seorang guru bimbingan ini hendaklah berusaha membina perasaan kepercayaan klien atau pelajar terhadapnya dan mewujudkan satu situasi di mana pelajar ini dengan rela hati meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapinya. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar yang hendak berjumpa seorang guru bimbingan buat kali pertama, hendaklah guru itu memastikan kliennya itu tadi dilayan dengan sewajarnya. Contoh, guru itu haruslah memberi senyuman dan memandangnya wajah bakal kliennya dan bukan terus meminta pelajar itu masuk tanpa melihat wajahnya dan sibuk menumpukan terhadap tugasannya. Seharusnya, guru bimbingan ini meninggalkan urusan yang lain dan menumpukan perhatiannya kepada pelajar yang mungkin menjadi kliennya pada masa itu.
Perihal ini, hendaklah dielakkan agar klien ini tidak akan rasa rendah diri dan rasa tidak dihargai. Pada masa yang sama, klien atau pelajar ini mungkin terus lari dan tidak akan berjumpa dengan mana-mana guru bimbingan pada masa akan datang. Hal ini juga tidak akan menyelesaikan masalah dan mungkin kesannya lebih buruk dari sebelumnya.
Guru bimbingan ini juga boleh membina dan memulakan hubungan dengan memberi kata rangsangan sebelum permulaan temubual seperti “ Saya gembira anda berada di sini. Saya berharap anda boleh berkongsi masalah dengan saya agar kita dapat mencari ikhtiar untuk kebaikan anda. Silakan”. Perihal ini, sememangnya nampak remeh dan mudah tetapi kesannya dapat menjamin kelancaran sesi bimbingan anda.
Seterusnya, semasa proses ini berjalan guru bimbingan haruslah peka dan memberi perhatian terhadap luahan hati kliennya. Guru bimbingan juga hendaklah memastikan tiada halangan-halangan semasa sesi temubual ini berlangsung seperti mengelak pekara yang boleh dielakkan. Sebagai contoh, jangan pada masa inilah guru kaunseling baru berasa lapar dan sakit. Guru ini haruslah bersiap sedia sepenuhnya bagi menjamin kelancaran sesi bimbingan ini. Sekiranya terdapat gangguan semasa sesi temubual ini sudah tertentu menjejaskan hubungan mesra dan percaya tadi yang dapat dikawal sebelum sesi temubual berlaku. Pendek kata, sekarang sudah ada ‘block’ di antara guru pembimbing dan kliennya.
Selain itu, guru bimbingan ini haruslah pandai menggunakan gaya intonasi dan nada yang bersesuaian agar perkataan yang ingin disampaikan dapat diterima dengan baik dan berkesan. Guru ini juga hendak menggunakan laras bahasa yang setaraf dengan kemampuan klien atau pelanggannya. Sebagai contoh, guru pembimbing ini sentiasa menggunakan bahasa “high standard” dan bercampur aduk di antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pekara ini, sudah tentu menjejaskan komunikasi dan interaksi di antara guru pembimbing dan juga kliennya. 

B. Membuat penerokaan dan penjelasan

          Di dalam peringkat ini, guru terlebih dahulu haruslah bersiap sedia dengan mengesan masalah sebenar yang dihadapi oleh kliennya. Maknanya, pada masa ini guru bimbingan ini sudah dapat satu gambaran yang jelas tentang masalah atau konflik yang sebenarnya yang dihadapi oleh kliennya. Proses kaunseling tidak akan bermakna sekiranya pekara yang diluahkan oleh pelajar yang bermasalah itu tadi, tidak dapat dikesan dan difahami oleh kaunselor sepenuhnya. Maka dengan itu proses yang dijalankan akan terbantut sehinggalah guru bimbingan itu tadi memahami maksud sebenarnya.
            Pekara ini boleh berlaku kerana hampir semua klien kaunselor ini tidak akan menyatakan masalah yang dihadapinya secara langsung atau ‘straight to the point’. Mereka lebih selesa menyatakan masalah mereka di dalam bentuk kiasan. Contohnya, seorang pelajar yang tidak menyukai seseorang guru atas sebab-sebab yang tertentu mungkin tidak akan menyebut sebenar nama guru terbabit tetapi sebaliknya pelajar ini akan menyatakan dia mempunyai  masalah di dalam matapelajaran yang diajar oleh guru yang tidak disukai itu tadi. Maka dengan ini kaunselor seharusnya berpengalaman dalam membuat tanggapan yang sahih mengenai maksud sebenar masalah yang dihadapi oleh pelajar ini.
            Selain itu, bagi mengetahui maksud sebenar masalah yang dihadapi guru pembimbing haruslah mengambil tindakan susulan dengan menyediakan beberapa soalan-soalan terbuka yang boleh mendorongkan pelajar ini meluahkan perasaannya.
Sebagai contoh, seorang pelajar tidak menyukai bapanya. Guru kaunselor itu tadi, boleh mengemukakan soalan seperti “Bolehkah beritahu saya mengapa anda tidak menyukai bapa kamu yang menjaga anda?”. Dalam beberapa kes, ada klien yang tidak dapat menjawab soalan ini dan hanya mampu mendiamkan diri, sekiranya ini berlaku guru pembimbing ini, haruslah bersabar dan memberi sedikit masa untuk pelajar itu memikir dan mengatur jawapannya.
Jika proses kaunseling itu tadi terbantut kerana pelajar itu tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan, maka guru bimbingan haruslah menukar soalan dalam bentuk yang lebih mudah. Pendek kata, guru ini haruslah menggunakan soalan-soalan berbentuk siri yang mempunyai kesinambungan dengan soalan sebelumnya. Jelas, menunjukkan  penguasaan kemahiran menyoal amat penting di sini , tetapi ia juga turut penting dalam keseluruhan perbincangan di antara kaunselor dan pelajar ini.
Selain itu, bagi meneroka atau mencungkil maklumat dan memahami perasaan pelajar , guru bimbingan turut juga perlu menguasai kemahiran temubual seperti menunjukkan perhatian yang teliti serta kemahiran bukan lisan seperti mengangguk kepala, senyum, memberi isyarat dan pujian yang menggalakkan.

C. Membina matlamat dan mengenal pasti masalah. 
D. Mencari alternatif.

E. Penamatan dan rumusan.



 


Monday, 3 October 2011

Kenali Bahagian Pembangunan Kurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) merupakan satu bahagian di bawah Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian ini bertanggungjawab memperbaiki mutu dan meningkatkan taraf pendidikan melalui penggubalan dan pembangunan kurikulum yang relevan dan bermutu untuk semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.