banner

Sunday 13 November 2011

TUGASAN PEDAGOGI


TUGASAN PEDAGOGI SEMESTER 4

1.       Langkah - langkah pemulihan yang boleh dilakukan oleh seseorang guru membimbing murid-murid gagal dalam matapelajaran sains.

Terdapat beberapa langkah-langkah pemulihan yang sesuai dalam pengelolan sesi pemulihan. Langkah pertama ialah pengesanan murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan. Cara pengesanannya adalah melalui pemerhatian terhadap pembelajaran murid-murid membuat temu ramah-interaksi dengan murid-murid, membuat analisa tehadap hasil kerja bertulis murid dan menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lambat daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas.
             Langkah kedua ialah menganalisa masalah–masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid tertentu. Bagi menentukan kelemahan murid-murid biasanya ujian diagnostik digunakan untuk selepas berakhirnya sesuatu berakhirnya pembelajaran kemahiran. Ujian ini boleh dijalankan sama ada dalam bentuk bertulis dan objektif. Melalui keputusan peperiksaan yang dijalankan tersebut guru boleh merumuskan punca kelemahan tersebut. Terdapat juga murid-murid yang lambat ataupun lemah kerana menghadapi masalah psikologi, kurang kecerdasan, kecacatan, fizikal atau mental. Sekiranya terdapat murid yang menghadapi masalah seperti ini guru patut membuat rujukan kepada pihak tertentu.


Langkah ketiga ialah membuat rancangan program pemulihan berdasarkan punca-punca kelemahan pembelajaran murid. Bagi merancang program pemulihan agar terserlah keberkesananya guru haruslah mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan seperti:-

1.      Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang    kelemahan yang telah dikesan.
2.      Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada kepada abstrak dan daripada mudah ke susah mengikut pengalaman dan kebolehan murid.
3.      Pada peringkat awal, pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang perlu digunakan bagi membantu murid agar cepat memahami konsep yang diperlukan dalam menguasai kemahiran.
4.      Simbol dan istilah harus dikaitkan dengan pegetahuan sedia ada murid atau alat bantu mengajar. Ini amat ditekankan untuk mengelakkan murid mengulangi kesilapan yang lalu.   
5.      Selepas aktiviti pengajaran guru harus mengadakan aktiviti congak dan latihan bertulis. Soalan yang diberikan haruslah berbentuk daripada mudah ke susah. Pada peringkat awal pemulihan murid digalakkan menggunakan alat bantu mengajar bagi menyelesaikan masalah, tetapi lama-kelamaan murid harus menyelesaikan masalah tampa bantuan daripada alat dan diselesaikan dengan cara bertulis. 


6.      Aktiviti penilaian diberikan selepas aktiviti latihan bertulis dalam kelas. Guru perlu merancang dan menyediakan solan secara bertulis kerana penilaian tersebut yang menentukan sama ada objektif pengajaran pemulihan tersebut tercapai.

Langkah keempat ialah melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang. Pengajaran program ini biasanya dijalankan semasa murid-murid yang tidak bermasalah membuat latihan atau aktiviti pengayaan. Masa yang diambil untuk pengajaran sesuatu kemahiran di antara 10-15 minit. Seperti biasa selepas pengajaran pemulihan ianya mesti diikuti dengan aktiviti penilaian, ini bertujuan untuk mengetahui program pemulihan tersebut mencapai kejayaan atau tidak. Setiap keputusan yang diperolehi irtu mestilah dimasukkan ke dalam rekod, di mana rekod ini dijadikan rujukan asas untuk melanjutkan program seterusnya. 


2. Senaraikan 8 program pengayaan dan pemulihan untuk membantu murid-murid
    yang mempunyai sahsiah ambivert dan introvert.  

Program itu adalah merupakan lapan program pengayaan dan pemulihan khusus untuk  membantu murid-murid yang mempunyai sahsiah ambivert. Program itu adalah seperti berikut : -

  1. Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran murid.
  2. Soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru.
  3. Pemeriksaan hasil kerja murid selepas aktiviti pengukuhan. Semua keputusan penilaian ini harus direkodkan secara individu dalam satu borang rujukan.
  4. Menjalankan strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara kumpulan.
  5. Menjalankan strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara individu.
  6. Menjalankan satu sesi dialog bersama ibu bapa murid tersebut.
  7. Program rakan sebaya, iaitu rakan sekelas atau sekumpulan akan cuba membantu rakannya.
  8. Menjalankan satu sesi kaunseling terbuka, iaitu bersama rakan sebaya murid tersebut.
       

4. Apakah langkah – langkah dalam mengendalikan aktiviti pemulihan dalam bilik
 darjah.

a)      Mentukan objektif pengajaran
Sebelum pengajaran pemulihan objektif pembelajaran haruslah dibentuk terlebih dahulu. Tahap objektifnya haruslah sejajar dengan kebolehan pelajar-pelajar lambat. Objektif ditentukan berdasarkan masalah pembelajaran yang dihadapi.

b)     Pengesanan punca masalah
Seperti yang kita sedia maklum pelajar di dalam sesebuah bilik darjah berbeza dari segi minat, kebolehan dan bakat. Oleh itu, pengesanan punca masalah pelajar di dalam pelajaran boleh dilaksanakan melalui pemerhatian, pentafsiran rekod prestasi, ujian kertas dan pensel, latihan harian, soal jawab dan kuiz, serta temu bual dengan guru darjah dan ibu bapa. Maklum balas yang diperolehi melalui cara – cara tersebut dapat mengambarkan tentang permasalahan pelajar dalam memahami sesuatu konsep dan kemahiran yang telah diajar oleh guru.  

c)      Menentukan jangka masa
Penentuan jangkamasa adalah merupakan aspek yang penting didalam pemulihan ini.  Guru hendaklah menetapkan masa yang sesuai dan tidak terlalu lambat  serta tidak terlalu cepat.  Ini akan mengakibatkan kesan yang mendalam kepada murid sekiranya mereka diberi sepenuhnya penekanan.  Dengan itu guru hendaklah membuat jadual pemulihan terhadap murid yang lemah didalam matapelajaran didalam borang rujukan guru.

d)     Pengelolaan aktiviti
Untuk mengendalikan aktiviti pemulihan yang berkesan, pengelolaan aktiviti merupakan aset yang penting. Ini kerana, jika pengelolaan aktiviti yang membosankan, pelajar akan hilang daya tarikan, dan minat. Oleh itu, pengelolaan aktiviti yang menarik akan memastikan aktivitipemulihan dapat dijalankan dengan berkesan dan menarik.

e)      Bahan pengajaran
Bahan pengajaran hendaklah sesuai dengan sesi pengajaran dan pembelajaran.  Diantara bahan pengajaran yang haruslah digunakan oleh guru adalah seperti kad-kad huruf, kad-kad huruf bergambar, kad padanan, carta saku, kad selit, gambar cantuman, kad perkataan, kotak huruf, kad lipat, kad tarik dan lain-lain lagi.  Melalui kaedah bahan ini maka dapatlah murid-murid memahami dengan secepat yang mungkin.

f)       Bentuk lembaran kerja
Bentuk-bentuk lembaran kerja juga merupakan aspek yang penting untuk memudahkan sesi pemahaman murid.  Kebanyakan tujuan lembaran kerja ini dilakukan adalah untuk meningkatkan pengamatan penglihatan murid.  Di antara contoh-contoh lembaran kerja adalah seperti suaikan huruf kcil yang sama, suaikan  huruf besar yang sama, bulatkan gambar yang sama saiz, bulatkan huruf yang berlainan kedudukannya dan melengkapkan gambar denganmenyambungkan titik.

g)      Apakah aktiviti penilaian yang harus ?
Bentuk penilaian  hendaklah diadakan kerana ianya untuk mengesan samada objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai objektifnya.  Oleh itu guru mengadakan pemulihan secara formal seperti mengadakan ujian objektif  dan subjektif.  Ini akan dapat menguji samada murid itu faham atau tidak.  Selain daripada itu guru juga boleh melakukan ujain tidak formal seperti melekukan pemerhatian tingkah laku semasa murid menjawab lembaran kerja.  Kuiz dan soaljawab juga boleh dilakukan oleh guru semasa didalam kelas.  Setelah penilaian selesai, hasilnya akan dicatatkan di dalam rekod yang khas.  Bagi pelajar yang berjaya mereka akan ditempatkan didalam kumpulan dengan sejajar pencapaian mereka dan bagi yang gagal mereka akan dirujuk oleh guru resosuntuk tindakan pemulihan yang seterusnya.

h)      Apakah bentuk tidakan susulan?
Bentuk-bentuk tindakan susulan yang perlu diambil oleh guru ialah dengan mengenalpasti pelajar yang perlu dibantu dan pelajar yang menghadapi masalah. Seterusnya, guru itu akan menganalisis masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut agar pelajar itu dapat dibantu. Perancangan perlu dibuat tentang bagaimana cara untuk membantu pelajar yang bermasalah itu. Tindakan seterusnya ialah dengan melaksanakan pengajaran agar sedikit sebanyak pelajar tersebut dapat dibantu. Setelah selesai, penilaian haruslah dijalankan agar tindakan susulan dapat dilaksanakan sebagai langkah untuk pemulihan dapat dijalankan.
5. beri 10 tujuan program pengayaan dan pemulihan diadakan di sekolah.
10 tujuan program pengayaan dan program pemulihan di sekolah ialah

Program Pengayaan

Program Pemulihan


  • Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar
  • Memperluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan mereka.
  • Menggunakan masa lapang dengan bijaksana.
  • Menaruh minat terhadap bacaan.
  • Berminat untuk belajar sendiri.
  • Memupuk daya cipta.
  • Memupuk dan memperkembangkan sifat-sifat kepimpinan.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian yang tinggi atau kumpulan cerdas.
  • Mencungkil bakat dan memupuk sifat kerjasama, bertimbang rasa dan mempunyai nilai-nilai murni.
  • Memperkukuhkan satu-satu kemahiran di samping mendatangkan unsur keseronokan dan memupuk bakat kepimpinan.

  • Menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan kaedah, bahan-bahan pelajaran serta aktiviti alternatif yang sejajar dengan kebolehan serta minat mereka.
  • Menerima layanan secara individu mengikut kadar perkembangan mental mereka.
  • Mengatasi masalah-masalah akademik yang mereka hadapi.
  • Memperkembangkan potensi dan bakat mereka.
  • Menyertai aktiviti-aktiviti sosial di dalam dan di luar bilik darjah.
  • Membina sifat keyakinan diri supaya mereka dapat berinteraksi dengan berkesan dalam masyarakat.
  • Meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas jika perlu.
·         Menerima bahan-bahan pembelajaran yang lebih bermakna, iaitu lebih seimbang dengan kebolehan mereka.
  • Menikmati pengalaman berjaya di alam persekolahan.
  •  Membina perhubungan yang sihat dengan guru kelas, guru pemulihan dan rakan-rakan sedarjahnya.

APPRECIATION 1

ASSALAMUALAIKUM….
            Alhamdulillah and praise be to Might Allah for His Blessing on me for me to finish this KKB for Biology with success. In this KKB, I make major in Biology. I faced a lot of challenge and I must elapse to finish this KKB.

          I want to thank to all lecturer that involve in this program finish this KKB with his help. I also want to thank to En. XXXXXXX, Biology lecturer give advice and correct my mistake. He give me opportunity to me to finish my KKB.

          I also want to thank to Chief Science Department xxxxxxx  give guidance and advice to me.

          I want to thank to management of library xxxxxx Pahat because help me in borrow book, to friend that help me, I want to say thank you very much.

Thank You

                                                xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

PERSEDIAAN MENGULANGKAJI

Persediaan Diri
Sebelum seseorang pelajar mula membuat ulangkqji, pelajar tersebut perlu terlebih dahulu membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.

Persediaan Mental
1.   Bersikap positif terhadap pelajaran.
2.   Anggap pelajaran sebagai sesuatu yang tidak membebankan atau menakutkan.
3.   Yakinkan diri boleh berjaya dan cemerlang.

Persediaan Fizikal
1.   Amalkan pemakanan yang seimbang
2.   Pastikan sentiasa mendapat rehat yang cukup.
3.   Pastikan anda melakukan senaman ringan untuk kecergasan diri.
4.   Wujudkan suasana yang selesa apabila anda hendak mengulangkaji.

Makanan yang membina otak
Perkembangan otak dan minda bergantung kepada tabiat pemakanan yang sihat.
1.   Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta ulam-ulaman..
2.   Pastikan mendapat protein yang cukup seperti telur, ikan, daging dan ayam.
3.   Makan makanan yang diperbuat daripada kacang soya seperti tauhu, air soya dan tempe kerana ia mempunyai pytoenzime yang membina otak.
4.   Makan vitamin beli atau dapatkan dari hospital.
5.   Minum air masak yang bersih , sebaik-baiknya mium segelas besar selepas bangun tidur waktu pagi.

Makanan yang merosakkan otak dan daya fikiran.
Semua orang gemar makanan yang lazat. Tidak semua makanan lazat elok. Ada makanan yang merosakkan sel-sel badan dan otak.
1.     Makanan ringan / junk food mengandungi bahan perisa, emulsifier, bahan pewarna, garam, MSG dan bahan lain yang boleh melemahkan otak.
2.     Bahan pewarna tiruan dalam minuman bergas, minuman cola dalam botol atau tin dan minuman berperisa sebenarnya tidak baik  kerana membunuh sel-sel dalam otak
3.     Makanan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan masalah tumpuan pelajaran kerana tindakbalas sindrom “ hyper atau hypo blood sugar lavel “.
sehingga fungsi otak bercelaru.

Teknik Mengingat
1.   Tetapkan niat untuk mengingat.
2.   Yakin dengan kebolehan diri sendiri.
3.   Timbulkan minat dalam perkara yang sedang dipelajari.
4.   Fahamkan bahan yang sedang dipelajari.
5.   Hubungkan pelajaran yang sedang dipelajari dengan perkara yang  telah anda ketahui.
6.   Susun huruf-huruf tajuk sehingga menjadi perkataan yang mudah diingati.
7.   Kaitkan pelajarn yang sedang dipelajari dengan cerita ( reka cerita tentang perkataan, maklumat atau konsep yang perlu diingat )
8.   Tampal poster di dinding ( mengingat melalui sublimal learning )
9.   Tukar ayat, definasi atau konsep yang anda sedang pelajari dalam bentuk gambar, peta minda atau rajah.
10.Bina akronim ( menggabungkan huruf pertama daripada   
     kata kunci untuk membentuk perkataan baru yang mudah
     diingat ).
11.Buat peta minda untuk keseluruhan mata pelajaran.

Teknik Menguatkan Memori
1.     Selang-selikan masa belajar dengan rehat. Sebaik-baiknya untuk satu jam waktu belajar, peruntukkan 10 minit untuk rehat.
2.     Amalkan teknik-teknik mengingat.
3.     Cuba ingat fakta-fakta penting ketika otak dan badan masih segar.
4.     Makan makanan yang seimbang supaya badan sentiasa segar dan sihat.
5.     Jangan makan makanan yang makruh terutama makanan yang haram.

Daya Ingatan.
Terdapat lima factor yang mempengaruhi kita untuk mengingat semula. Seimbangkan lima factor ini supaya daya ingatan akan lebih kekal.

1. Permulaan
Minda kita cenderung untuk mengingat permulaan sesuatu sesi pembelajarn. Semak kembali fakta-fakta dipertengahan sesi pembelajaran supaya dapat mengingat dengan lebih tepat.

2. Ulangkaji
Daya ingatan terhadap sesuatu perkara menurun dengan pantas dalam masa 24 jam tanpa ulangkaji. Buat ulangkaji sebelum 24 jam kemudian selepas seminggu, selepas sebulan dan selepas  6 bulan untuk menjamin ingatan dalam jangka masa panjang.

3. Luar biasa
Kita lebih cenderung mengingat sesuatu perkara yang luar biasa. Cuba jadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan.

4. Berkait
Kita dapat mengingat semula dengan baik jika perkara tersebut dikaitkan dengan analogi ( kias ) dan mnemonic. Reka mnemonic atau analogi secara berkumpulan.

5. Akhiran
Minda kita juga cenderung untuk mengingat sesuatu perkara di akhir sesuatu sesi pembelajaran. Imbas seluruh fakta di akhir satu sesi pembelajaran.


Teknik Mendengar Dengan Baik

1.   Bersedia untuk mendengar. Pastikan tidak terdapat sebarang gangguan yang boleh menjejaskan konsentrasi.
2.   Tetapkan niat.
3.   Duduk di bahagian hadapan jika boleh supaya anda dapat mendengar dengan lebih baik.
4.   Dengar dengan teliti dan tanamkan minat terhadap apa yang didengar.
5.   Tidak terlalu memilih siapa yang bercakap tetapi apa yang diperkatakan.
6.   Tidak bercakap semasa orang lain sedang bercakap dengannya atau kepadanya.
7.   Tidak menyampuk atau memotong cakap orang lain.
8.   Sentiasa memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan.
9.   Sentiasa cuba memahami apa yang didengar sama ada yang tersurat atau tersirat.
10.Tidak melakukan kerja-kerja lain ketika orang lain sedang
     bercakap dengannya.
11.Menghormati orang yang bercakap walaupun  lebih muda
     usia daripadanya.
12.Sentiasa memandang wajah atau bersemuka ( eyes contact ) dengan orang yang bercakap.
13.Bersikap terbuka dan tidak membuat kesimpulan yang terlalu awal.
14.Suka menyalin isi-isi penting jika sedang mendengar sesuati pengajaran oleh guru.
15.Hargai deria pendengaran yang Allah beri dengan 2 telinga.



TEKNIK MENGINGAT

Contoh menggunakan mnemonic :

Bentuk huruf
Contoh : KL – Kuala Lumpur , SKTK – Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang , JKR – Jabatan Kerja Raya , UM – Universiti Malaya.

Bentuk perkataan
Contoh :
1.   BAIK – Bapa , Abang , Ibu , Kakak ( ahli keluarga )
2.   Rimbas – Reptilia , Ikan , Mamalia , Burung , Amtibia , Serangga ( kumpulan haiwan )
3.   HALA – Haiwan , Angin , Letusan , Air ( agen penyebaran biji benih )

Bentuk ayat
Contoh :
1.   Membawa Jala Ke Hutan Bawa Ikan Umpan
Atau
         Mak Jalan Kaki Hendak Beli Ikan Udang
         ( Merah , jingga , Kuning , Hijau , Biru , Indigo , Ungu –
         warna pelangi )

2.   Ulam Timun Sambal Belacan 
( Utara , Timur , Selatan , Barat – arah mata angin )

Latihan :
1.   Jenis – jenis penyakit berjangkit .
Taun , anjing gila , Malaria , Aids , Tibi

------------------------------------------------------------------------------
2.   Nama-nama planet mengikut jarak dari matahari
Utarid , Zuhrah , Bumi , Marikh , Musytari , Zuhal , Uranus , Neptun , Pluto .
      
         -------------------------------------------------------------------------------------